Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

 LAGU 96

Kitab Tuhan yang Tak Ternilai

Pilih Rakaman Audio
Kitab Tuhan yang Tak Ternilai
LIHAT

(Amsal 2:1)

  1. 1. Ada kitab yang lembaran sucinya,

    Penuh mutiara, intan berharga.

    Gagasannya bawa damai, harapan;

    Dapat mengubah hidup manusia.

    Inilah Bible, Kitab Suci Tuhan.

    Dia ilhami para penulis-Nya.

    M’reka semua amat mengasihi-Nya

    Dan kuasa suci mendorong m’reka.

  2. 2. M’reka menulis tentang penciptaan,

    Bagaimana Syaitan mencabar Yah

    Dan menolak kedaulatan Yehuwa;

    Firdaus indah pun sudah tiada.

    Lalu dosa maut mula menular,

    Tapi hanya untuk sementara.

    Bible juga memberikan harapan,

    Musuh Tuhan pasti dapat padah.

  3.  3. Kini kita hidup bersukacita.

    Kristus Raja Kerajaan Tuhan.

    Umat yang taat dan setia pada Yah

    Akan peroleh berkat dari-Nya.

    Bible mengandungi berita baik

    Yang memberi kedamaian jiwa;

    Ibarat harta karun tak ternilai.

    Moga kita rajin membacanya.