Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

 LAGU 92

Tempat yang Mengharumkan Nama-Mu

Pilih Rakaman Audio
Tempat yang Mengharumkan Nama-Mu
LIHAT

(1 Tawarikh 29:16)

  1. 1. Yehuwa, kami dengan bangga

    Mempersembahkan pada-Mu

    Tempat ini yang didirikan

    Untuk harumkan nama-Mu.

    Segala yang kami korbankan

    Berasal dari-Mu Bapa.

    Masa, kemahiran, dan harta,

    Kami serah dengan rela.

    (KORUS)

    Kami ingin persembahkan

    Tempat ini untuk-Mu.

    Moga pemberian ini

    Mengharumkan nama-Mu.

  2. 2. Moga pujian pada Bapa

    Menghiasi tempat ini.

    Penyembah-Mu berlipat ganda;

    Kemuliaan-Mu terserlah.

    Kami ingin memelihara

    Tempat ibadat suci-Mu.

    Moga orang lain didorong

    Untuk belajar tentang-Mu.

    (KORUS)

    Kami ingin persembahkan

    Tempat ini untuk-Mu.

    Moga pemberian ini

    Mengharumkan nama-Mu.