Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

 LAGU 90

Galakkan Satu Sama Lain

Pilih Rakaman Audio
Galakkan Satu Sama Lain
LIHAT

(Ibrani 10:24, 25)

  1. 1. Kita saling beri galakan

    Untuk sembah Yah selalu.

    Ikatan kasih dikuatkan,

    Hidup damai dan bersatu.

    Kasih dalam kalangan kita

    Membantu kita bertabah.

    Sidang kita tempat naungan

    Yang selamat dan bahagia.

  2. 2. Kata yang memberi dorongan

    Sungguh melegakan hati!

    Kita selalu dihiburkan

    Sahabat yang dikasihi.

    Alangkah baik dan indahnya

    Berganding bahu bersama!

    Saling bantu memikul beban;

    Kuatkan saudara kita.

  3. 3. Kita beriman dan nantikan

    Ketibaan Hari Tuhan.

    Kita perlu terus berhimpun;

    Teguh dalam kebenaran.

    Kita ingin terus berkhidmat

    Bersama umat Yehuwa.

    Moga kita saling galakkan

    Agar kita tetap setia.