LIHAT
Teks
Imej

(Ibrani 10:24, 25)

  1. 1. Kita hidup di dalam dunia Syaitan

    Yang tidak mengenal Tuhan.

    Kita perlu bimbingan dan pedoman

    Untuk capai kejayaan.

    Kita disegarkan di perjumpaan;

    Iman kita dikukuhkan,

    Kita diajar kelakuan baik,

    Dan diberi kekuatan.

    Kita melakukan kehendak Tuhan;

    Hukum-Nya tak diabaikan.

    Perjumpaan membaharui kasih

    Dan ajarkan kebenaran.

  2. 2. Yehuwa tahu keperluan kita;

    Kita harus patuhi-Nya.

    Luangkan masa untuk perjumpaan

    Dan nikmati faedahnya

    Dengan bantuan saudara yang matang,

    Iman kita perlihatkan.

    Dengan sokongan keluarga rohani,

    Kita tak keseorangan.

    Tak lama lagi bumi ’kan berubah

    Menjadi Firdaus indah.

    Kini kita belajar kehendak Yah;

    Amalkan hikmat murni-Nya.