Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

 LAGU 82

“Biarlah Cahaya Kamu Bersinar”

Pilih Rakaman Audio
“Biarlah Cahaya Kamu Bersinar”
LIHAT

(Matius 5:16)

  1. 1. Yesus suruh kita

    Terus bersinar,

    Ibarat mentari

    Beri cahaya.

    Dari Firman Tuhan,

    Hikmat terserlah;

    Moga perbuatan kita

    Mencerminkan Yah.

  2. 2. Berita K’rajaan

    Menceriakan;

    Melegakan hati,

    Bawa harapan.

    Cahaya rohani

    Membimbing kita;

    Tutur kata yang sopan

    Memuliakan Yah.

  3. 3. Tingkah laku murni,

    Bersinar terang,

    Bagaikan berlian

    Yang berkilauan.

    Mari kita semua

    Terus bersinar

    Agar perbuatan kita

    Menyenangkan Yah.