Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

 LAGU 78

“Mengajarkan Firman Tuhan”

Pilih Rakaman Audio
“Mengajarkan Firman Tuhan”
LIHAT

(Kisah 18:11)

  1. 1. Kita amat bergembira

    Mengajar Firman Yah.

    Berkat yang kita terima

    Memang tak terhingga.

    Ajar orang dengan kasih,

    Tiru Anak Tuhan.

    Dengan sabar, bantu mereka

    Untuk hampiri Yah.

  2. 2. Ajarkanlah Firman Tuhan

    Dan buat yang benar.

    Jadilah teladan baik

    Cerminkan kasih Yah.

    Firman Tuhan bagai intan

    Yang amat berharga.

    Jiwailah Firman Yehuwa,

    Raihlah berkat-Nya.

  3. 3. Yehuwa membantu kita

    Ajarkan firman-Nya.

    Berdoalah kepada-Nya,

    Dia mendengar kita.

    Cintailah Firman Tuhan

    Yang murni dan benar.

    Bantulah orang yang diajar,

    Sayangi mereka.