Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

 LAGU 76

Riang Ria Hati Kita!

Pilih Rakaman Audio
Riang Ria Hati Kita!
LIHAT

(Ibrani 13:15)

  1. 1. Kita bergembira

    menginjil dan mengajar

    Dengan sepenuh jiwa

    tanpa putus asa.

    Tuhan mengenali

    insan yang tulus hati.

    Hasil usaha kita

    pasti diberkati.

    (KORUS)

    Riang ria hati kita

    untuk melantangkan suara.

    Sepenuh jiwa dan raga,

    puji Yah sentiasa.

  2. 2. Kita bergembira

    mencari bebiri Yah;

    Semai benih K’rajaan

    di hati mereka.

    Ada yang tak dengar,

    berpaling dari Bapa.

    Kita tetap berbangga

    menyandang nama Yah.

    (KORUS)

    Riang ria hati kita

    untuk melantangkan suara.

    Sepenuh jiwa dan raga,

    puji Yah sentiasa.

  3.  3. Kita bergembira

    Tuhan menyokong kita.

    Kerja mengajar orang

    amanah yang mulia.

    Gigih dan berani

    kita terus menginjil.

    Tutur kata yang sopan

    kita perlihatkan.

    (KORUS)

    Riang ria hati kita

    untuk melantangkan suara.

    Sepenuh jiwa dan raga,

    puji Yah sentiasa.