Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

 LAGU 6

Langit Memuliakan Tuhan

Pilih Rakaman Audio
Langit Memuliakan Tuhan
LIHAT

(Mazmur 19)

  1. 1. Langit singkap kemuliaan Yehuwa.

    Bintang berkelipan,

    hias langit malam.

    Setiap hari langit memuji Yah.

    Betapa indah karya-Nya,

    mencetuskan ilham.

  2. 2. Hukum Tuhan sempurna tiada cela.

    Pedoman Ilahi

    gembirakan hati.

    Perintah Yah adil dan saksama.

    Firman Tuhan sungguh murni,

    melapangkan hati.

  3. 3. Perintah Yah melindungi umat-Nya.

    Takut akan Tuhan

    bantu kita setia.

    Emas tulen tak tanding firman-Nya.

    Kita junjung serta sanjung

    nama-Nya yang mulia.