LIHAT
Teks
Imej

(Matius 10:28)

  1. 1. Hai umat-Ku terus mara,

    Janganlah rasa gentar.

    Berita Kerajaan,

    Maklumkan pada semua.

    Kristus sudah jadi raja

    Dan mengusir musuhnya.

    Dia akan kurung Syaitan

    Dan bebaskan manusia.

    (KORUS)

    Meskipun musuh mengancam,

    Jangan takut mereka.

    Umat-Ku yang taat setia

    Akan Ku pelihara.

  2. 2. Biarpun ramainya musuh

    Yang ancam dan cacimu,

    Ukir senyuman palsu

    Untuk memperdayamu.

    Janganlah takut mereka,

    Berjuanglah selalu.

    Ku pelihara umat-Ku

    Sampai ke dunia baru.

    (KORUS)

    Meskipun musuh mengancam,

    Jangan takut mereka.

    Umat-Ku yang taat setia

    Akan Ku pelihara.

  3.  3. Jangan bimbang kau dilupa,

    Akulah penaungmu.

    Biarpun kau terkorban,

    Kau akan dibangkitkan.

    Janganlah takut mereka

    Yang dapat membunuhmu.

    Jika engkau terus setia,

    Ku berikan pahala!

    (KORUS)

    Meskipun musuh mengancam,

    Jangan takut mereka.

    Umat-Ku yang taat setia

    Akan Ku pelihara.