Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

 LAGU 52

Pembaktian Kristian

Pilih Rakaman Audio
Pembaktian Kristian
LIHAT

(Ibrani 10:7, 9)

  1. 1. Alam semesta yang agung,

    Ciptaan Yehuwa.

    Langit dan bumi milik-Nya,

    Karya-Nya yang indah.

    Dia Sumber nafas hidup,

    Yang maha berkuasa.

    Kita patut memuji Dia

    Dan hanya sembah Dia.

  2. 2. Dalam air Sungai Yordan,

    Yesus dibaptiskan.

    “Ini Anak-Ku,” firman Yah,

    “Yang Aku perkenan.”

    Yesus sedia melakukan

    Kehendak Bapanya.

    Dia mengorbankan nyawanya,

    Berkhidmat dengan setia.

  3. 3. Kami menghadap-Mu Bapa,

    Dengan rendah hati.

    Lupa kepentingan diri,

    Hidup penuh bakti.

    Kau kurnia Anak Tunggal-Mu

    Sebagai tebusan.

    Kami hidup mati demi-Mu,

    Tak lagi untuk diri.