Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

Saksi-Saksi Yehuwa

Pilih Bahasa Melayu

 LAGU 5

Perbuatan Tuhan yang Menakjubkan

Pilih Rakaman Audio
Perbuatan Tuhan yang Menakjubkan
LIHAT

(Mazmur 139)

  1. 1. Tuhan, Kau selami jiwaku,

    Kau kenal benar jalan hidupku.

    Ujilah batin dan fikiran aku;

    Luahanku, perbuatanku, Engkau lihat.

    Rahsia ciptaan Engkau tahu,

    Tiada apa terlindung dari-Mu;

    Segalanya tersurat di kitab-Mu.

    Ku memuji keagungan dan kuasa-Mu.

    Hikmat-Mu Yah memukauku selalu,

    Mempesonaku setiap waktu.

    Bila resah dan takut melandaku,

    Kuasa-Mu Yah membelai hatiku.

    Di mana jua ku menyorok,

    Di alam maut atau di langit,

    Dalam laut atau di tempat jauh,

    Kasih-Mu akan sentiasa bersamaku.