Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

 LAGU 31

Berjalanlah dengan Tuhan!

Pilih Rakaman Audio
Berjalanlah dengan Tuhan!
LIHAT

(Mikha 6:8)

  1. 1. Berjalanlah dengan Tuhan

    Dengan kasih yang setia.

    Hampiri Yehuwa senantiasa,

    Dan berpaut pada-Nya.

    Berpeganglah pada firman-Nya,

    Jangan diperdaya.

    Dengarlah dan patuhi-Nya,

    Bagaikan anak muda.

  2. 2. Berjalanlah dengan Tuhan

    Dengan hati yang murni.

    S’lalu renungkan perkara suci,

    Benar, adil, dan murni.

    Terus bersandar pada Tuhan

    Meskipun diuji.

    Yehuwa di samping kita,

    Janganlah putus asa.

  3. 3. Berjalanlah dengan Tuhan

    Dengan hati yang ria.

    Bersyukur atas rahmat Yehuwa;

    Berkat-Nya tak terhingga.

    Mari berjalan dengan Tuhan,

    Puji-Nya sentiasa.

    Raihlah kebahagiaan;

    Berkhidmat pada Tuhan.