LIHAT
Teks
Imej

(Mazmur 15)

  1. 1. Siapa sahabat Yah?

    Siapa Kau percaya?

    Siapa boleh jadi tetamu

    Di khemah-Mu, Bapa?

    Insan yang beriman,

    Yang taat Firman Yah,

    Yang baik hati dan yang setia,

    Yang cinta Yehuwa.

  2. 2. Siapa sahabat Yah?

    Siapa Kau terima?

    Siapa dapat belaian kasih

    Dan perkenan Bapa?

    Semua yang tulus

    Dan yang tak berdusta,

    Yang junjung tinggi nama-Mu, Yah;

    Yang taat dan setia.

  3. 3. Ikatan kasih Yah

    Belai jiwa raga.

    Beban berat bagaikan batu

    Serahkan pada Yah.

    Kami ingin jadi

    Sahabat-Mu, Bapa.

    Tiada Sahabat setanding-Mu,

    Kau Sahabat benar.