Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

Saksi-Saksi Yehuwa

Pilih Bahasa Melayu

 LAGU 24

Datanglah ke Gunung Yehuwa

Pilih Rakaman Audio
Datanglah ke Gunung Yehuwa
LIHAT

(Yesaya 2:2-4)

  1. 1. Pandang dan lihatlah,

    Ke arah gunung-ganang.

    Gunung yang paling tinggi

    Milik Tuhan kita.

    Banyak bangsa datang

    Dari seluruh dunia,

    Saling bersahutan,

    “Mari sembah Yehuwa!”

    Tibalah masanya

    Umat Tuhan berlipat ganda.

    Angkanya meningkat;

    Jutaan orang terima Yah.

    Kita sokong Tuhan,

    Pem’rintah Yang Berdaulat.

    Kita menikmati

    Berkat dan bimbingan Yah.

  2.  2. Yesus suruh kita

    Khabarkan b’rita baik.

    Setiap manusia kini

    Mesti dimaklumkan.

    Kristus Raja kita,

    Berpihaklah padanya.

    Insan rendah hati

    Ikut haluan benar.

    Betapa gembira,

    Peningkatan yang berterusan!

    Semua berpeluang

    Untuk turut ambil bahagian.

    Lantangkanlah suara

    Agar semua dengar,

    “Datang sembah Yehuwa

    Di gunung suci-Nya.”