LIHAT
Teks
Imej

(Matius 26:26-30)

  1. 1. Bapa Yehuwa yang di syurga,

    Malam ini suci benar!

    Pada zaman Musa, kasih Kau tunjukkan;

    Kemuliaan-Mu terserlah.

    Biri-biri Paska disantap,

    Dan Israel dibebaskan.

    Berabad kemudian tercurah darah Tuan

    Untuk genapi nubuat Tuhan.

  2. 2. Roti serta wain melambangkan

    Tubuh dan darah Anak-Mu.

    Engkau mengurniakan Anak kesayangan,

    Untuk membayar tebusan.

    Sambutan Peringatan ini

    Terpahat di hati kami.

    Kasih-Mu yang luhur bebaskan manusia;

    Beri kami sinar harapan.

  3.  3. Kami berhimpun menghadap-Mu

    Sebagai umat setia-Mu

    Untuk memuji-Mu k’rana utus Kristus

    Dan muliakan nama Bapa.

    Kasih yang telah Engkau curah

    Sentuh sanubari kami.

    Kami teladani Kristus setiap hari

    Untuk dapat hidup abadi.