LIHAT
Teks
Imej

(Lukas 5:13)

  1. 1. Anak Tuhan dari syurga,

    Rela turun ke dunia.

    Dia mengajar kita

    Firman Yehuwa.

    Dia sabar dan berwibawa.

    Dia legakan hati orang

    Yang sakit, buta, dan tempang.

    Dia lakukan kehendak Yehuwa

    Sambil berkata, “Ku rela.”

  2. 2. Kita semua berusaha

    Ikut jejak Tuan kita.

    Kita mengasihi

    Biri-biri Yah;

    Ajar m’reka patuh setia.

    Yang miskin dapat rasai

    Kasih kita yang sejati.

    Kepada anak yatim dan janda,

    Kita berkata, “Ku rela.”