LIHAT
Teks
Imej

(Yohanes 3:16)

  1. 1. Bayangkan dalam minda,

    Orang hidup bersatu.

    Tiada lagi tangisan;

    Tiada keperitan.

    (KORUS)

    Mari kita nyanyi

    Dengan girang hati

    Dan berkata, “Akhirnya,

    hidup kekal tiba!”

  2. 2. Yang tua jadi muda,

    Hidup damai dengan Yah.

    Tiada lagi sengsara,

    Tak perlu gelisah.

    (KORUS)

    Mari kita nyanyi

    Dengan girang hati

    Dan berkata, “Akhirnya,

    hidup kekal tiba!”

  3. 3. Firdaus dinikmati

    Semua orang di bumi.

    Kita syukur pada Yah

    Selama-lamanya.

    (KORUS)

    Mari kita nyanyi

    Dengan girang hati

    Dan berkata, “Akhirnya,

    hidup kekal tiba!”