LIHAT
Teks
Imej

(Roma 16:2)

  1. 1. Sara dan Ester, Rut serta Maria,

    Terkenal kerana iman mereka.

    Wanita yang cekap, ist’ri setia,

    Beribadat dengan sepenuh jiwa.

    Ramai lagi wanita setia

    Yang juga mendapat perkenan Yehuwa.

  2. 2. Kesetiaan, kasih, dan kebaikan,

    Dan sifat lain yang mulia dan murni,

    Dipamerkan oleh wanita ini.

    Mereka suri teladan berani.

    Saudari yang meniru mereka

    Pasti bergembira dan patut dipuji.

  3. 3. Balu dan ibu, adik, kakak, ist’ri,

    Rela tunduk pada aturan Tuhan.

    Bertungkus lumus mainkan peranan.

    Tetap teguh, sopan, dan sederhana.

    Saudari Kristian yang dikasihi,

    Dihargai Tuhan dan diberkati-Nya.