Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

 LAGU 133

Sembah Yehuwa semasa Muda

Pilih Rakaman Audio
Sembah Yehuwa semasa Muda
LIHAT

(Pengkhutbah 12:1)

  1. 1. Kita muda-mudi milik Tuhan,

    Dia amat mengasihi kita.

    Kerahkan tenaga demi Dia,

    Berkat berkekalan milik kita.

  2. 2. Kita menghormati ibu bapa,

    Luah isi hati pada m’reka,

    Senangkan hati Tuhan dan orang,

    Pasti kita bahagia dan riang.

  3. 3. Kita ingat Yah semasa muda,

    Kebenaran jadi lebih nyata.

    Beri Tuhan apa yang terbaik.

    Pasti hati-Nya akan gembira.