Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

 LAGU 112

Yehuwa, Tuhan Kedamaian

Pilih Rakaman Audio
Yehuwa, Tuhan Kedamaian
LIHAT

(Filipi 4:9)

  1. 1. Ya Tuhan Yehuwa,

    Engkau Tuhan pengasih.

    Kuasa suci dari Bapa

    Bantu kami berdamai.

    Engkau mengorbankan

    Anak-Mu yang tersayang

    Agar kami dapat jadi

    Sahabat-Mu yang setia.

  2. 2. Dunia huru-hara,

    Gelap tiada harapan.

    Tapi Firman dari Bapa

    Memberikan cahaya.

    Kami menantikan

    Masa depan yang aman;

    Moga Bapa beri kami

    Kedamaian sejati.

  3. 3. Bapa mengumpulkan

    Malaikat dan manusia;

    Kuasa suci bantu kami

    Bersatu menyembah-Mu.

    Kami mengumumkan

    Berita masa depan.

    K’rajaan-Mu akan bawa

    Hidup damai s’lamanya.