Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

 LAGU 107

Haluan Kasih Tuhan

Pilih Rakaman Audio
Haluan Kasih Tuhan
LIHAT

(1 Yohanes 4:19)

  1. 1. Haluan kasih, Yehuwa ajarkan

    Kepada semua.

    Teladan Dia dapat bimbing kita,

    Agar setia, tetap setia.

    Dia berikan Anak kesayangan

    Sebagai korban untuk tebus kita,

    Agar manusia dapat tetap setia.

    Haluan-Nya, haluan kasih.

  2. 2. Ikut jalan Yah, dengan tulus mesra

    Kasihi saudara.

    Kita bersedia saling beri bantuan

    Senantiasa, setiap masa.

    Kita bersedia ampun kesilapan.

    Kasih yang murni, kita mencurahkan.

    Sifat Yehuwa, kita mencerminkan.

    Kasihilah saudara kita.

  3. 3. Kerana kasih, kita sembah Tuhan

    Sehati sejiwa.

    Haluan kasih menyatukan kita;

    Beri kita sukacita.

    Firman Yehuwa dan kuasa suci-Nya

    Bantu murnikan sanubari kita.

    Marilah kita saling mengasihi;

    Haluan Yah, haluan kasih.