Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

 LAGU 106

Memupuk Sifat Kasih

Pilih Rakaman Audio
Memupuk Sifat Kasih
LIHAT

(1 Korintus 13:1-8)

  1. 1. Pada Tuhan kita berdoa,

    Agar mencerminkan sifat-Nya.

    Sifat yang mesti dimiliki

    Adalah kasih yang sejati.

    Bakat dan hikmat tiada guna,

    Andai kasih menjadi pudar.

    Maka berdoa setiap hari

    Untuk pupuk kasih sejati.

  2. 2. Kasih tidak pentingkan diri,

    Memberi dengan murah hati.

    Kasih tidak menaruh dendam;

    Ampuni orang dengan rela.

    Kasih bantu kita bersabar,

    Saling pikul beban saudara.

    Kasih bantu kita bertahan

    Dalam apa jua cubaan.