LIHAT
Teks
Imej

(1 Yohanes 4:7, 8)

  1. 1. Tuhan kita ialah kasih,

    Tirulah teladan-Nya.

    Kasihi Tuhan dan orang,

    Buat baik setiap masa.

    Inilah kunci kepada

    Kehidupan abadi.

    Marilah kita tunjukkan

    Kasih Kristian sejati.

  2. 2. Kasih Tuhan dorong kita

    Kasihi orang juga.

    Jika kita tak berdaya,

    Tuhan berikan kuasa.

    Kasih itu baik hati,

    Sabar, dan tak berdengki.

    Kasihilah saudaramu

    Dengan kasih sejati.

  3. 3. Jangan biar rasa dendam

    Berakar di hatimu.

    T’rimalah pedoman Tuhan;

    Dia akan mengajarmu.

    Kasihi Tuhan dan orang,

    Makna kasih sejati.

    Tirulah kasih Yehuwa;

    Tunjukkan dari hati.