LIHAT
Teks
Imej

(Efesus 4:3)

  1. 1. Tuhan mengumpulkan kita

    Dari dunia pecah belah.

    Kita damai dan bersatu,

    Bahagia selalu.

    Seia sekata;

    Hidup harmoni.

    Rajin menyembah Yehuwa,

    Bawah pimpinan Anak-Nya.

    Berganding bahu berkhidmat

    Dengan penuh taat.

  2. 2. Doakan kesepakatan,

    Tunjukkanlah kebaikan,

    Maka kasih kian mendalam;

    Bawa kedamaian.

    Betapa bahagia

    Hidup yang damai.

    Jika saling mengasihi,

    Kedamaian Tuhan beri.

    Kita sehati sejiwa

    Sembah-Nya s’lamanya.