LIHAT
Teks
Imej

(Wahyu 4:11)

  1. 1. Tuhan Yehuwa, Engkau perkasa,

    Pemberi hidup, dan Sumber cahaya.

    Ciptaan-Mu indah mempesona,

    Memuji Engkau selamanya.

  2. 2. Asas takhta-Mu, adil saksama;

    Kitab suci-Mu, pedoman hidupku.

    Sinar hikmat dari-Mu berkilau,

    Menyuluh hidup kami semua.

  3. 3. Tidak terbanding, kasih sayang-Mu;

    Tidak terbalas, anug’rah dari-Mu.

    Keagungan dan kebaikan-Mu,

    Kami hebahkan dengan bangga.