LIHAT
Teks
Imej

Muat Turun:

  1. 1. Resah hatiku,

    Jiwaku bercelaru.

    Tak mampu

    Ku melawan,

    Aku dah jatuh cinta.

  2. 2. Ku bergelut

    Dengan diriku,

    Tak ingin hati mengawal.

    Ku ingin Tuhan membimbingku.

  3. 3. Terdesak hati ini,

    Sukarnya bebaskan diri.

    Semuanya buat ku keliru,

    Tapi Tuhan kekuatanku.

    (KORUS)

    Kata-Nya: Ku sayangimu, Yakinlah pada Ku.

    Tak ingin kehilanganmu.

    Ku pasti akan bantumu.

  4. 4. Pilihanmu menentukan hidup,

    Sedarlah hatimu terlibat.

    Bijaklah membuat pilihan

    Pelihara hatimu,

    Dan miliki kehidupan.

  5. 5. Ku kenang pilihan lalu,

    Ku ikut haluan Tuhan.

    Biar sukar ku berjaya

    K’rana ku ada Mu Tuhan.