LIHAT
Teks
Imej

Muat Turun:

  1. 1. Dulu hingga kini, Kerajaan-Mu Tuhan,

    Bantuku faham Firman-Mu serta kebenaran.

    Hamba setia bijaksana menyinari jalan;

    M’reka lantik gembala yang menjaga kawanan.

    Konvensyen sentiasa membawa sukacita,

    Dan menjadikan hatiku puas dan bahagia.

    Di perjumpaan, ku rasa belaian kasih-Mu;

    Ku dilatih untuk jadi penginjil yang mahir.

    (KORUS)

    Perbuatan-Mu Tuhan,

    Mengagumkan kami semua.

    Kami rasa bangga,

    Jadi rakyat K’rajaan-Mu; kami rasa syukur,

    Atas berkat limpah yang bakal Engkau curahkan.

  2. 2. Kami besar hati jadi rakan kerja-Mu,

    Dan tunjukkan kasih dalam kerja penyebaran.

    Nasihat-Mu berguna dan bawa kepuasan,

    Ajar cara hidup suci, haluan yang benar.

    Lagu rohani ungkapkan luahan hatiku,

    Dan malam penyembahan beriku bimbingan-Mu.

    Perpaduan kami buktikan kasih sejati,

    Yang ingin kami tunjukkan dengan s’penuh hati.

    (KORUS)

    Perbuatan-Mu Tuhan,

    Mengagumkan kami semua.

    Kami rasa bangga,

    Jadi rakyat K’rajaan-Mu; kami rasa syukur,

    Atas berkat limpah yang bakal Engkau curahkan.