Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

Saksi-Saksi Yehuwa

Pilih Bahasa Melayu

 TOPIK UTAMA | KERAJAAN TUHAN—APAKAH MANFAATNYA BAGI ANDA?

Mengapakah Belajar tentang Kerajaan Tuhan?

Mengapakah Belajar tentang Kerajaan Tuhan?

Jutaan orang di serata dunia berharap pada Kerajaan Tuhan. Mereka mengikut teladan Yesus yang mengajar pengikutnya untuk berdoa, “Datanglah Kerajaan-Mu, jadilah kehendak-Mu di bumi.”—Matius 6:10, Alkitab Terjemahan Baru.

Walaupun ramai orang berminat tentang Kerajaan Tuhan, kebanyakan agama tidak menitikberatkan hal itu. Seorang sejarawan, H. G. Wells menyatakan bahawa Yesus “memberikan banyak perhatian . . . kepada ajaran mengenai Kerajaan Syurga.” Namun, ajaran ini “tidak dianggap penting . . . di kebanyakan gereja Kristian,” kata Wells.

Sebaliknya, Saksi-Saksi Yehuwa berbeza. Kami menekankan kepentingan Kerajaan Tuhan. Cuba fikirkan, majalah yang sedang anda baca sekarang diterbitkan dalam 220 bahasa. Setiap bulan, kira-kira 46 juta naskhah dicetak dan majalah ini mempunyai edaran yang paling luas di dunia. Apakah mesej utama majalah ini? Mesej utamanya adalah tentang Kerajaan Yehuwa. *

Mengapakah Saksi-Saksi Yehuwa mencurahkan begitu banyak usaha untuk menyebar tentang Kerajaan Tuhan? Kami percaya bahawa Kerajaan Tuhan merupakan mesej utama dalam Bible. Selain itu, kami yakin bahawa hanya Kerajaan Tuhan dapat menyelesaikan semua masalah yang dihadapi manusia.

Saksi-Saksi Yehuwa berusaha mengikut teladan Yesus untuk menghalakan perhatian orang kepada Kerajaan Tuhan. Semasa Yesus di bumi, Kerajaan Tuhan merupakan fokus utama dalam kehidupan dan kerja penyebarannya. (Lukas 4:43) Mengapakah Kerajaan Tuhan begitu penting bagi Yesus? Apakah manfaat Kerajaan Tuhan bagi anda? Kami menjemput anda untuk mendapatkan jawapannya dalam rencana-rencana yang berikut.

^ per. 5 Yehuwa ialah nama Tuhan seperti yang tercatat di dalam Bible.