Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

Saksi-Saksi Yehuwa

Pilih Bahasa Melayu

 TOPIK UTAMA | ADAKAH KEMATIAN AKHIR SEGALANYA?

Perjuangan Manusia Menentang Kematian

Perjuangan Manusia Menentang Kematian

MAHARAJA QIN SHI HUANG

PENJELAJAH PONCE DE LEÓN

Kematian adalah musuh yang menakutkan. Kita sedaya upaya berjuang untuk melawan kematian. Kita mungkin tidak dapat menerima kenyataan apabila kematian menimpa orang yang kita sayangi. Semasa kita masih bertenaga dan muda, kita mungkin berpegang pada pandangan yang menyesatkan bahawa musuh ini tidak dapat menewaskan kita.

Kehidupan yang tidak boleh mati sangat penting bagi Firaun zaman purba. Dia menghabiskan sebahagian besar hidupnya dan juga hidup ribuan orang pekerja dalam usaha untuk menawan kematian. Pembinaan piramid membuktikan bahawa usaha mereka sia-sia sahaja.

Maharaja China menggunakan cara yang berbeza untuk mencapai impian yang sama, iaitu dengan berusaha mencari cecair ajaib yang kononnya dapat memberikan kehidupan yang tidak boleh mati. Maharaja Qin Shi Huang mendesak ahli kimianya untuk mencari cecair ajaib agar dia dapat hidup selama-lamanya. Tetapi, kebanyakan campuran yang dihasilkan mengandungi bahan toksik merkuri, dan mungkin salah satu daripada campuran itu telah membunuhnya.

Pada abad ke 16 SM, penjelajah Sepanyol Juan Ponce de León berhasrat untuk berlayar ke Caribbean bagi mencari mata air yang dikatakan boleh menjadikannya muda. Dalam pencariannya, dia menemui sebuah kawasan yang dinamakan Florida, Amerika Syarikat. Beberapa tahun kemudian, dia meninggal sewaktu berlakunya pertempuran dengan orang asli Amerika dan mata air yang dicarinya itu tidak pernah ditemui.

Firaun, maharaja, dan penjelajah itu telah berusaha untuk melawan kematian. Walaupun tidak setuju dengan cara mereka, bukankah kita juga menginginkan kehidupan abadi? Sebenarnya jauh di sudut hati, kita memang mahu terus hidup.

BOLEHKAH KEMATIAN DIKALAHKAN?

Mengapakah kita berusaha melawan kematian? Bible menjelaskan sebabnya. Bible menyatakan bahawa Pencipta kita, Tuhan Yehuwa, * telah “menyematkan di hati manusia kesedaran bahawa masa itu abadi.” (Pengkhutbah 3:11, NW) Kita ingin menikmati  keindahan bumi untuk selama-lamanya, bukan sekadar 80 tahun sahaja. (Mazmur 90:10) Itulah keinginan hati kita.

Mengapakah Tuhan menyematkan keinginan untuk hidup abadi di dalam hati kita? Adakah Dia bertujuan untuk mengecewakan kita? Itu mustahil. Sebaliknya, Tuhan berjanji bahawa kematian akan dikalahkan. Bible berulang kali mengatakan bahawa kematian akan dilenyapkan, dan janji Tuhan mengenai kehidupan abadi.—Lihat kotak,  “Kematian akan Dikalahkan.”

Yesus Kristus dengan jelas menyatakan: ‘Jika orang mengenal Engkau, satu-satunya Tuhan yang benar, dan mengenal Yesus Kristus yang sudah Engkau utus, maka mereka mendapat hidup sejati dan kekal.’ (Yohanes 17:3, ABB) Jadi, perjuangan menentang kematian bukanlah sesuatu yang sia-sia. Yesus menegaskan bahawa hanya Tuhan yang mampu mengalahkan kematian.

^ per. 9 Yehuwa adalah nama Tuhan seperti yang tercatat di dalam Bible.