Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

Saksi-Saksi Yehuwa

Pilih Bahasa Melayu

Pertanyaan Pembaca

Pertanyaan Pembaca

Apakah bukti yang menunjukkan bahawa kota Yerikho ditawan dalam masa singkat?

Berdasarkan Yosua 6:10-15, 20, askar Israel berkawad mengelilingi Yerikho sekali sehari selama enam hari. Pada hari ketujuh, mereka mengelilingi kota itu sebanyak tujuh kali. Kemudian, Tuhan menyebabkan tembok runtuh dan orang Israel dapat menawan kota itu. Adakah para arkeologi menjumpai bukti bahawa kota Yerikho ditawan dalam masa singkat, seperti yang dikatakan Bible?

Pada zaman kuno, askar-askar biasanya mengepung sebuah kota sebelum menyerang. Jika masa pengepungan berlanjutan, penduduk di kota akan makan kebanyakan makanan yang disimpan. Apabila kota itu ditawan, askar-askar akan mengambil apa sahaja yang mereka mahu, termasuk makanan yang tinggal. Oleh itu, para arkeologi menjumpai sedikit atau tiada makanan di reruntuhan kota-kota di Palestin. Tetapi, reruntuhan kota Yerikho berbeza. Biblical Archaeology Review berkata, “Selain daripada tembikar, barang yang paling banyak ditemukan di kota itu ialah biji-bijian. . . . Menjumpai biji-bijian yang sangat banyak memang tidak biasa.”

Bible berkata bahawa Yehuwa memerintahkan orang Israel untuk tidak mengambil makanan dari Yerikho. (Yos. 6:17, 18) Bible juga berkata bahawa orang Israel menyerang Yerikho pada musim bunga, iaitu selepas musim menuai. Pada masa itu, terdapat banyak biji-bijian disimpan dalam kota. (Yos. 3:14-17; 5:10) Selepas pengepungan, masih terdapat banyak biji-bijian di Yerikho. Hal ini membuktikan pengepungan itu berlaku dalam masa yang singkat, seperti yang dikatakan Bible.