Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

Saksi-Saksi Yehuwa

Pilih Bahasa Melayu

Apakah jejak yang anda tinggalkan untuk anak-anak anda?

 IBU BAPA

8: Teladan

8: Teladan

MAKSUDNYA

Ibu bapa yang jadi teladan baik akan cakap serupa bikin. Contohnya, jika anak anda dengar anda berkata, “Beritahu dia saya tiada di rumah,” semasa anda tidak ingin berjumpa dengan orang itu, tentu susah baginya untuk belajar sifat kejujuran.

“Jika ibu bapa tidak ikut ajaran sendiri, anak-anak juga tidak akan ikut. Anak-anak seperti kapas dan akan serap semua yang kita cakap dan buat. Mereka akan beritahu kita semasa kita cakap tidak serupa bikin.”​—David.

PRINSIP BIBLE: “Kamu memberitahu orang, ‘Jangan mencuri,’ tetapi mengapakah kamu sendiri mencuri?”​—Roma 2:21.

MENGAPA PENTING

Kanak-kanak dan bahkan remaja mendapat pengaruh terbesar daripada ibu bapa sendiri, bukannya rakan sebaya. Maksudnya, anda berada dalam kedudukan terbaik untuk memberikan bimbingan yang betul kepada anak, tetapi anda mestilah cakap serupa bikin.

“Kita boleh ulangi sesuatu beratus kali dan tidak pasti sama ada anak kita dengarnya. Tetapi sebaik sahaja kita tidak ikut prinsip yang kita ajarkan, anak kita akan bersuara. Mereka perhatikan semua perbuatan kita, biarpun semasa kita rasa mereka tidak melihatnya.”​—Nicole.

PRINSIP BIBLE: “Kebijaksanaan yang datang dari syurga . . . tidak bermuka dua.”​—Yakobus 3:17.

LANGKAH-LANGKAH

Periksalah diri. Apakah hiburan yang anda nikmati? Bagaimanakah anda melayan pasangan dan anak-anak sendiri? Siapakah kawan-kawan anda? Adakah anda bertimbang rasa? Pendek kata, adakah anda mahu anak-anak menjadi seperti anda?

“Saya dan suami tidak akan suruh anak ikut peraturan yang kami sendiri tidak ikut.”​—Christine.

Minta maaf atas kesilapan anda. Anak anda memang tahu anda tidak sempurna. Jadi dengan sudi berkata, “Minta maaf” kepada pasangan dan anak anda, anda sedang ajar anak-anak untuk bersikap jujur dan rendah hati.

“Anak-anak perlu dengar kita akui kesalahan dan meminta maaf. Jika tidak, mereka akan belajar untuk tutup kesalahan sendiri sahaja.”​—Robin.

“Sebagai ibu bapa, kita berikan pengaruh terbesar kepada anak, dan teladan kita ialah alat yang terbaik kerana mereka selalu dapat melihatnya. Teladan kita seperti buku yang sentiasa terbuka dan sentiasa mengajar.”​—Wendell.