Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

Saksi-Saksi Yehuwa

Pilih Bahasa Melayu

SEDARLAH! No. 2 2018 | 12 Rahsia Keluarga yang Bahagia

12 Rahsia Keluarga yang Bahagia

Kita sering mendengar tentang hal yang menyebabkan kehancuran keluarga, tetapi apakah yang membolehkan sebuah keluarga bahagia?

  • Antara tahun 1990 dengan 2015, kadar perceraian di Amerika Syarikat meningkat dua kali ganda bagi mereka yang berumur 50 tahun dan ke atas, dan meningkat tiga kali ganda bagi mereka yang berumur 65 tahun dan ke atas.

  • Ibu bapa kini keliru: Ada pakar yang kata mereka perlu sentiasa memuji anak, manakala yang lain kata mereka perlu bersikap tegas.

  • Banyak anak muda memasuki alam dewasa tanpa kemahiran yang diperlukan untuk berjaya.

Namun, hakikatnya ialah . . .

  • Perkahwinan dapat menjadi ikatan yang kekal dan bahagia.

  • Ibu bapa dapat belajar untuk mendisiplinkan anak atas dasar kasih.

  • Anak muda dapat membina kemahiran yang diperlukan untuk menjadi orang dewasa yang berguna.

Bagaimana? Terbitan ini akan membincangkan 12 rahsia untuk keluarga yang bahagia.

 

1: Komitmen

Tiga langkah praktikal dapat membantu mengukuhkan hubungan antara suami isteri.

2: Kerjasama

Adakah anda menganggap pasangan anda hanya seperti rakan sebilik?

3: Hormat

Pelajarilah tentang tutur kata dan perbuatan yang akan membantu pasangan anda berasa dihormati.

4: Rela Memaafkan

Apakah yang dapat bantu anda supaya tidak berdendam terhadap pasangan anda?

5: Komunikasi

Tiga langkah penting yang membantu anda lebih akrab dengan anak anda.

6: Disiplin

Adakah disiplin akan mengurangkan harga diri anak anda?

7: Nilai Murni

Apakah piawaian yang patut anda ajarkan kepada anak anda?

8: Teladan

Jika anda ingin anak anda mendengar cakap anda, anda perlu tetapkan teladan yang baik.

9: Identiti

Bagaimanakah kaum muda dapat mempertahankan pendirian mereka?

10: Dapat Dipercayai

Mendapat kepercayaan ibu bapa anda merupakan langkah penting untuk bertumbuh menjadi orang dewasa.

11: Rajin

Orang muda yang belajar untuk bekerja keras dapat berjaya dalam segala aspek kehidupan.

12: Matlamat

Dengan mencapai matlamat, anda akan menjadi yakin, menjalin persahabatan yang erat, dan lebih bahagia.

Bantuan Selanjutnya untuk Keluarga

Nasihat Bible dapat membantu anda untuk menikmati perkahwinan dan kehidupan keluarga yang bahagia.