Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

Saksi-Saksi Yehuwa

Pilih Bahasa Melayu

Pertanyaan Pembaca

Pertanyaan Pembaca

Wajarkah orang Kristian menyimpan senjata api untuk mempertahankan diri daripada orang lain?

Orang Kristian akan mengambil langkah keselamatan yang munasabah. Namun mereka akan mematuhi prinsip Bible, yang tidak menggalakkan kita untuk menggunakan senjata, seperti pistol, senapang, dan sebagainya untuk mempertahankan diri daripada orang lain. Perhatikan beberapa prinsip ini:

Di mata Yehuwa, nyawa, terutamanya nyawa manusia, adalah suci. Daud sedar bahawa Yehuwa ialah “sumber segala kehidupan.” (Mzm. 36:10) Maka, jika seseorang Kristian ingin melindungi diri atau hartanya, dia akan melakukan apa yang terdaya supaya tiada orang yang terbunuh.​—Ul. 22:8; Mzm. 51:16.

Walaupun banyak objek dapat digunakan untuk membunuh, adalah lebih senang untuk membunuh dengan pistol, sama ada sengaja atau tidak. * Tambahan lagi, jika penjahat nampak bahawa kita memiliki senjata api, situasi yang tegang mungkin akan hilang kawalan lalu mengakibatkan kematian.

Semasa Yesus menyuruh murid-muridnya untuk membawa pedang pada malam terakhirnya di bumi, tujuannya bukan untuk mempertahankan diri. (Luk. 22:36, 38) Sebaliknya, dia ingin mengajar mereka agar tidak menggunakan kekerasan, bahkan semasa diserang oleh orang ramai yang bersenjata.  (Luk. 22:52) Selepas Petrus menyerang hamba imam agung dengan pedang, Yesus menyuruhnya, “Sarungkanlah pedangmu.” Kemudian Yesus menyatakan satu prinsip penting yang membimbing semua pengikutnya sehingga hari ini: “Orang yang menggunakan pedang akan dibinasakan oleh pedang.”​—Mat. 26:51, 52.

Selaras dengan Mikha 4:3, umat Tuhan “menempa pedang mereka menjadi bajak, dan tombak menjadi pisau pemangkas.” Itulah tanda pengenal orang Kristian sejati. Paulus menasihati kita: “Janganlah membalas kejahatan dengan kejahatan. . . . Selagi kamu dapat melakukannya, berusahalah sedaya upaya untuk berdamai dengan semua orang.” (Rm. 12:17, 18) Meskipun Paulus menghadapi pelbagai ancaman, dia tidak pernah menggadaikan prinsip Bible demi keselamatan dirinya. (2 Kor. 11:26) Sebaliknya, dia percaya kepada Tuhan dan Firman-Nya, yang mengandungi kebijaksanaan yang “lebih baik daripada senjata.”​—Pkh. 9:18.

Orang Kristian menganggap nyawa lebih penting daripada harta benda. “Harta milik [seseorang] tidak memberinya kehidupan.” (Luk. 12:15) Jika kata-kata yang lembut tidak dapat menghentikan seorang perompak yang bersenjata, orang Kristian yang bijak akan menggunakan prinsip dalam kata-kata Yesus: “Janganlah melawan orang yang jahat.” Ada kalanya, hal ini bermaksud kita harus memberinya apa sahaja yang diingininya. (Mat. 5:39, 40; Luk. 6:29) * Namun, langkah yang paling bijak ialah pencegahan. Jika kita mengelakkan “sikap suka mempamerkan harta milik” dan dikenali sebagai Saksi-Saksi Yehuwa yang mencintai kedamaian, kita mungkin dapat menghindari daripada menjadi sasaran penjenayah.​—1 Yoh. 2:16; Ams. 18:10.

Orang Kristian menghormati hati nurani orang lain. (Rm. 14:21) Sesetengah ahli sidang mungkin terkejut dan bahkan tersandung jika mereka tahu bahawa seorang rakan seiman menyimpan senjata api untuk melindungi diri daripada orang lain. Oleh itu, biarpun kita berhak memiliki senjata api di sisi undang-undang, kasih akan mendorong kita untuk mengutamakan kepentingan orang lain.​—1 Kor. 10:32, 33; 13:4, 5.

Orang Kristian ingin menjadi teladan yang baik. (2 Kor. 4:2; 1 Ptr. 5:2, 3) Seseorang yang telah dinasihati tetapi masih menyimpan pistol untuk melindungi diri daripada orang lain tidak akan dianggap sebagai teladan yang baik dan tidak akan diberi tanggungjawab dalam sidang. Begitu juga dengan orang Kristian yang kerjanya memerlukannya untuk membawa senjata api. Adalah lebih baik jika dia dapat mencari pekerjaan yang lain. *

Cara seseorang melindungi diri, ahli keluarga, dan harta milik merupakan keputusan peribadi. Begitu juga dengan pekerjaan yang dipilihnya. Namun, orang Kristian sedar bahawa prinsip-prinsip Bible mencerminkan kebijaksanaan Tuhan dan kasih-Nya untuk kita. Oleh itu, orang Kristian yang matang tidak akan menyimpan senjata api untuk melindungi diri daripada orang lain. Mereka tahu bahawa keselamatan yang sejati dan kekal akan dinikmati oleh orang yang yakin kepada Tuhan dan hidup selaras dengan prinsip-prinsip Bible.​—Mzm. 97:10; Ams. 1:33; 2:6, 7.

Semasa kesengsaraan besar, orang Kristian akan bergantung pada Yehuwa dan tidak akan mempertahankan diri

^ per. 3 Seorang Kristian mungkin memilih untuk memiliki senjata api untuk memburu binatang sebagai sumber makanan atau untuk melindungi diri daripada binatang liar. Namun semasa tidak digunakan, adalah baik untuk membuka senjata itu, mengeluarkan pelurunya, dan menyimpannya di tempat berkunci. Orang Kristian akan mematuhi undang-undang atau larangan tempatan mengenai senjata api.​—Rm. 13:1.

^ per. 2 Mengenai hal mempertahankan diri daripada perogol, lihat rencana “Cara Mencegah Pemerkosaan” dalam Sedarlah! 8 Mac 1993, bahasa Indonesia.

^ per. 4 Untuk maklumat lanjut mengenai pekerjaan yang melibatkan senjata, lihat Menara Pengawal, 1 November 2005, ms. 31, bahasa Indonesia.