Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

Saksi-Saksi Yehuwa

Pilih Bahasa Melayu

Apakah Perasaan Tuhan terhadap Penderitaan Anda?

Apakah Perasaan Tuhan terhadap Penderitaan Anda?

Sesetengah orang percaya bahawa Tuhan tidak nampak dan tidak peduli semasa anda menderita.

AJARAN BIBLE

  • Tuhan nampak dan mengambil peduli

    “Yehuwa nampak bahawa manusia di bumi sangat jahat . . . , Yehuwa kecewa dan sakit hati.”​—Kejadian 6:5, 6.

  • Tuhan akan mengakhiri semua penderitaan

    “Tidak lama lagi, orang jahat akan dibinasakan; kamu akan mencari mereka, tetapi mereka tidak akan dijumpai. Orang yang rendah hati akan memiliki bumi, dan mereka akan menikmati kebahagiaan dan kedamaian yang berlimpah-limpah.”​—Mazmur 37:10, 11.

  • Kehendak Tuhan bagi anda

    “‘Aku sendiri tahu apa yang akan Aku lakukan untuk kamu,’ firman Yehuwa, ‘Aku akan memberi kamu kedamaian, bukannya malapetaka. Ya, Aku akan memberi kamu harapan dan masa depan yang baik. Kamu akan berseru kepada-Ku. Kamu akan datang untuk berdoa kepada-Ku, dan Aku akan mendengar doa kamu.’”​—Yeremia 29:11, 12.

    “Hampirilah Tuhan dan Dia pun akan menghampiri kamu.”​—Yakobus 4:8.