Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

Saksi-Saksi Yehuwa

Pilih Bahasa Melayu

“Di Manakah Tuhan ketika Itu?”

“Di Manakah Tuhan ketika Itu?”

“SAYA ASYIK BERTANYA, ‘DI MANAKAH TUHAN KETIKA ITU?’”​—Paus Benedict XVI, semasa melawat bekas kem tahanan di Auschwitz, Poland.

SEMASA TRAGEDI BERLAKU, PERNAHKAH ANDA TANYA, “DI MANAKAH TUHAN?” ATAU PERNAHKAH ANDA DITIMPA KEJADIAN BURUK LALU BERASA TUHAN TIDAK MENGAMBIL BERAT TENTANG ANDA?

Anda mungkin berasa seperti Sheila dari Amerika Syarikat, yang dibesarkan dalam keluarga yang rajin sembahyang. Dia berkata, “Sejak kecil, saya berminat tentang Tuhan kerana Dia Pencipta kita. Tetapi saya tidak rapat dengan-Nya. Saya rasa Dia hanya lihat saya dari jauh. Saya rasa Tuhan tidak benci saya, tetapi saya juga tidak percaya bahawa Dia ambil berat tentang saya.” Mengapa? “Keluarga saya ditimpa tragedi demi tragedi, tetapi nampaknya Tuhan langsung tidak membantu kami.”

Anda juga mungkin percaya bahawa Tuhan wujud, tetapi tidak pasti sama ada Dia mengambil berat terhadap anda atau tidak. Ayub seorang lelaki yang baik, yang percaya akan kuasa dan kebijaksanaan Pencipta. Namun, dia tertanya-tanya tentang hal yang sama. (Ayub 2:3; 9:4) Setelah ditimpa banyak malapetaka, Ayub putus harapan dan bertanya kepada Tuhan, “Mengapakah Engkau menyembunyikan diri daripadaku? Mengapakah Engkau menganggap aku seperti musuh-Mu?”​—Ayub 13:24.

Apakah yang diajarkan Bible? Adakah tragedi kita disebabkan Tuhan? Apakah yang membuktikan bahawa Tuhan mengambil berat terhadap manusia dan terhadap kita secara peribadi? Adakah Dia memperhatikan kita, memahami kita, mengasihani kita, atau membantu kita?

Rencana seterusnya akan membincangkan bagaimana ciptaan Tuhan membuktikan bahawa Dia mengambil berat tentang kita. (Roma 1:20) Kita juga akan melihat apa yang dinyatakan Bible tentang keprihatinan Tuhan. Apabila anda semakin mengenali Tuhan menerusi Bible dan ciptaan-Nya, anda akan semakin yakin bahawa Dia ‘mengambil berat tentang anda.’​—1 Yohanes 2:3; 1 Petrus 5:7.