Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

Saksi-Saksi Yehuwa

Pilih Bahasa Melayu

Ketika Anda Hampir Putus Asa

Ketika Anda Hampir Putus Asa

HIDUP itu nikmat—jika semuanya baik-baik sahaja. Tetapi, bagaimana pula jika kehidupan anda penuh dengan masalah?

Semasa Sally, * dari Amerika Syarikat, kehilangan hampir semua hartanya akibat taufan, dia berkata, “Saya rasa saya tidak lagi sanggup menghadapi situasi ini. Sudah banyak kali saya berasa hendak putus asa.”

Kematian orang tersayang merupakan satu lagi tamparan yang besar. Janice dari Australia berkata, “Semasa kedua-dua anak lelaki saya meninggal, saya perlu bina semula hidup saya yang hancur berkecai. Saya merayu kepada Tuhan, ‘Saya sudah tidak larat menanggung semua ini! Tolonglah biar saya tidur dan tidak bangun lagi.’”

Hati Daniel remuk ketika isterinya berlaku curang. Dia menjelaskan, “Semasa isteri saya mengakui perbuatannya, saya berasa hati saya seolah-olah ditikam pisau. Perasaan sakit itu menusuk saya berkali-kali, dan berterusan selama berbulan-bulan.”

Majalah ini akan membincangkan sebabnya kita tidak patut putus harapan meskipun

Sekarang, mari kita lihat cara untuk bertabah semasa ditimpa bencana.

^ per. 3 Sesetengah nama dalam siri rencana ini telah diubah.