Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

Saksi-Saksi Yehuwa

Pilih Bahasa Melayu

 TOPIK UTAMA | APAKAH MANFAAT MEMBACA BIBLE?

Bagaimanakah Bible Meningkatkan Mutu Hidup Anda?

Bagaimanakah Bible Meningkatkan Mutu Hidup Anda?

Bible bukanlah buku yang biasa. Bible mengandungi nasihat daripada Pencipta kita. (2 Timotius 3:16) Mesej dalam Bible boleh mempengaruhi kehidupan kita. Bible berkata, ‘Firman Tuhan itu hidup dan berkuasa.’ (Ibrani 4:12) Bible mempunyai kuasa untuk meningkatkan mutu hidup anda dalam dua cara. Pertama, nasihat Bible membolehkan anda menikmati kehidupan yang lebih baik. Kedua, Bible membantu anda mengenal Tuhan dan janji-janji-Nya.​—1 Timotius 4:8; Yakobus 4:8.

Meningkatkan mutu kehidupan. Bible boleh mengandungi nasihat praktikal bagi hal-hal peribadi yang berikut.

Sepasang suami isteri di Asia sangat menghargai nasihat Bible. Seperti pasangan lain yang baru berkahwin, mereka berasa susah menyesuaikan diri dengan keperibadian satu sama lain serta berkomunikasi secara terbuka. Tetapi, mereka mula menerapkan nasihat Bible. Apakah hasilnya? Suami itu, Vicent berkata, “Nasihat Bible membantu saya mengatasi cabaran perkahwinan dengan menunjukkan kasih. Mengikut nasihat Bible membantu kami menikmati kehidupan yang bahagia.” Isterinya, Annalou berkata, “Contoh-contoh dalam Bible membantu kami. Saya sekarang berasa gembira dan puas hati dengan perkahwinan dan matlamat hidup kami.”

Mengenal Tuhan. Vicent juga berkata, “Dengan membaca Bible, saya berasa lebih dekat kepada Yehuwa.” Kata-kata Vicent menunjukkan sesuatu yang sangat penting. Bible dapat membantu kita mengenal Tuhan. Dengan demikian, kita bukan sahaja mendapat manfaat daripada nasihat-Nya tetapi juga mengenal-Nya seperti seorang sahabat. Tuhan memberitahu kita tentang masa depan yang cerah apabila kita menikmati “kehidupan yang sejati” buat selama-lamanya. (1 Timotius 6:19) Tiada buku lain yang mengandungi maklumat seperti ini.

Jika anda memulakan pembacaan Bible dan terus melakukannya, mutu kehidupan anda akan meningkat dan anda akan mengenal Tuhan. Namun semasa membaca Bible, anda mungkin mempunyai banyak soalan. Ingatlah contoh seorang pegawai tinggi Etiopia yang hidup 2,000 tahun yang lalu. Dia mempunyai banyak soalan mengenai Bible. Apabila ditanya jika dia memahami apa yang dibaca, dia menjawab, “Bagaimana mungkin aku memahaminya jika tiada orang yang mengajar aku?” * Kemudian dia menerima bantuan daripada seorang guru Bible, iaitu Filipus yang juga merupakan murid Yesus. (Kisah 8:30, 31, 34) Begitu juga, jika anda ingin mengetahui lebih banyak tentang Bible, isilah borang di laman web www.jw.org/ms atau tulis surat kepada alamat yang tertera dalam majalah ini. Anda juga boleh menghubungi Saksi-Saksi Yehuwa atau mengunjungi Dewan Perjumpaan di tempat anda. Tidakkah anda ingin meningkatkan mutu kehidupan dengan membaca Bible?

Jika anda memikirkan sama ada Bible boleh dipercayai, sila tonton video singkat Mengapakah Kita Yakin bahawa Kandungan Bible Memang Benar? Video ini boleh didapati dengan mengunjungi jw.org/ms dan klik pada BAHAN BACAAN > VIDEO > BIBLE

^ per. 8 Untuk maklumat lanjut mengenai nasihat praktikal daripada Bible, sila klik bahagian BAHAN BACAAN di laman web jw.org/ms.

^ per. 11 Lihat juga rencana “Adakah Hanya Sekadar Salah Faham yang Kecil?” dalam majalah ini.