Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

Saksi-Saksi Yehuwa

Pilih Bahasa Melayu

 HARTA KARUN DALAM FIRMAN TUHAN | YOHANES 5-6

Ikutlah Yesus dengan Motif yang Betul

Ikutlah Yesus dengan Motif yang Betul

6:9-11, 25-27, 54, 66-69

Selepas mendengar perumpamaan Yesus yang nampaknya susah difahami, beberapa orang murid Yesus tersandung dan berhenti mengikutnya. Sebenarnya, sehari sebelum itu, mereka telah melihat Yesus menggunakan kuasa Tuhan untuk memberi mereka makanan secara mukjizat. Jadi, mengapakah mereka tersandung? Hal ini demikian kerana mereka mengikut Yesus dengan motif yang salah, iaitu untuk memenuhi keperluan fizikal mereka.

Tanyalah diri, “Apakah sebab utama saya mengikut Yesus? Adakah kerana saya menginginkan berkat-berkat sekarang dan pada masa depan, atau kerana saya mengasihi Yehuwa dan ingin menyenangkan hati-Nya?”

Mengapakah kita boleh tersandung sekiranya sebab utama kita menyembah Yehuwa adalah seperti yang berikut?

  • Kita menikmati pergaulan bersama umat Tuhan

  • Kita mahu hidup di Firdaus