Penglihatan Yehezkiel tentang Rumah Tuhan menggalakkan tawanan Yahudi yang setia dan memberikan harapan bahawa ibadat sejati akan dipulihkan. Pada hari-hari terakhir ini, ramai orang telah menyertai ibadat sejati, yang digambarkan sebagai “bukit yang tertinggi.” (Yes 2:2) Adakah anda memupuk penghargaan terhadap peluang istimewa untuk mengenali Yehuwa dan berkhidmat kepada-Nya?

BERKAT IBADAT SEJATI:

  • Makanan rohani memberi kita harapan, membantu kita mendapatkan jawapan bagi soalan-soalan yang penting, dan menyediakan prinsip-prinsip yang praktikal.​—Yes 48:17, 18; 65:13; Rm 15:4

  • Persaudaraan sedunia yang pengasih.​—Mz 133:1; Yoh 13:35

  • Menjadi rakan sekerja Tuhan untuk melaksanakan tugas yang membawa kepuasan.​—Kis 20:35; 1Ko 3:9

  • “Kesejahteraan daripada Tuhan” membantu kita menghadapi cabaran.—Flp 4:6, 7

  • Memiliki hati nurani yang bersih.​—2Ti 1:3

  • Menjadi sahabat Yehuwa.​—Mz 25:14

Bagaimanakah saya menunjukkan bahawa saya menghargai ibadat sejati?