Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

Saksi-Saksi Yehuwa

Pilih Bahasa Melayu

 KEHIDUPAN KRISTIAN KITA

Gunakan Kehidupan Anda untuk Memuji Yehuwa!

Gunakan Kehidupan Anda untuk Memuji Yehuwa!

Kehidupan kita ialah kurniaan yang berharga. Cara kita menggunakannya menunjukkan sejauh mana kita menghargai kurniaan ini. Sebagai Saksi-Saksi Yehuwa, kita ingin menggunakan bakat kita untuk memuliakan Yehuwa, Sumber nyawa kita. (Mz 36:10; Why 4:11) Namun, kekhuatiran hidup dapat menyebabkan kita mengabaikan hal-hal rohani. (Mr 4:18, 19) Maka, tanyalah diri, “Adakah saya masih memberikan yang terbaik kepada Yehuwa? (Ho 14:3) Adakah kerja saya mempengaruhi khidmat saya kepada Yehuwa? Apakah cita-cita rohani saya? Bagaimanakah saya boleh meluaskan kerja penyebaran saya?” Jika anda sedar bahawa anda perlu membuat perubahan, mohonlah bantuan Yehuwa dan ambillah langkah-langkah yang diperlukan. Sememangnya, pujian yang kita berikan kepada Yehuwa setiap hari pasti membawa kepuasan dan kebahagiaan.​—Mz 61:9.

Bagaimanakah anda menggunakan bakat anda?

SILA LIHAT VIDEO GUNAKAN BAKAT ANDA UNTUK YEHUWA. KEMUDIAN, JAWAB SOALAN-SOALAN BERIKUT:

  • Mengapakah tidak bijak untuk menawarkan bakat anda kepada dunia Syaitan? (1Yo 2:17)

  • Apakah berkat yang diraih oleh mereka yang menggunakan bakat mereka untuk Yehuwa?

  • Jika anda mempunyai bakat atau kemahiran tertentu, apakah aspek khidmat suci yang boleh anda sertai?