Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

Saksi-Saksi Yehuwa

Pilih Bahasa Melayu

 HARTA KARUN DALAM FIRMAN TUHAN | AMSAL 12-16

Hikmat Jauh Lebih Bernilai daripada Emas

Hikmat Jauh Lebih Bernilai daripada Emas
LIHAT

Mengapakah hikmat daripada Tuhan sangat bernilai? Hikmat dapat melindungi dan membantu kita menghindari haluan yang salah. Hikmat juga memberikan kesan yang baik kepada percakapan, kelakuan, dan keperibadian kita.

Hikmat membantu seseorang mengelak daripada menjadi angkuh

16:18, 19

  • Orang yang bijak sedar bahawa Yehuwa ialah Sumber segala hikmat

  • Mereka yang telah mengecap kejayaan atau yang menerima lebih banyak tanggungjawab harus berhati-hati agar tidak menjadi angkuh

Orang yang berhikmat mengucapkan kata-kata yang membina

16:21-24

  • Orang yang bijak akan berfokus kepada sifat-sifat baik orang lain dan bercakap baik tentang mereka

  • Kata-kata yang bijak tidak menyakitkan hati atau mencetuskan kemarahan, tetapi menyenangkan dan manis umpama madu