Komen yang baik dapat menggalakkan sidang. (Rm 14:19) Bahkan mereka yang menyampaikannya juga memperoleh manfaat. (Ams 15:23, 28) Jadi berusahalah untuk memberikan sekurang-kurangnya satu komen bagi setiap perjumpaan. Namun, kita mungkin tidak dipilih untuk memberikan komen. Maka adalah baik jika kita menyediakan beberapa komen terlebih dahulu.

Untuk memberikan komen yang baik, . . .

  • pastikan jawapan kita jelas dan ringkas. Biasanya, kita boleh menyampaikannya dalam masa kurang daripada 30 saat

  • gunakanlah kata-kata sendiri

  • janganlah ulang isi yang sudah dihuraikan oleh orang lain

Jika anda ialah orang pertama yang dipilih, . . .

  • jawablah soalan yang ditanya dengan ringkas

Jika soalan itu telah dijawab, anda boleh . . .

  • jelaskan kaitan antara ayat rujukan dengan isi-isi yang sedang dibincangkan

  • terangkan bagaimana isi tersebut mempengaruhi kehidupan kita

  • huraikan cara untuk menerapkan isi tersebut

  • sebutkan secara ringkas pengalaman yang berkaitan dengan isi utama