Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

Saksi-Saksi Yehuwa

Pilih Bahasa Melayu

Cadangan Penyampaian

Cadangan Penyampaian

MENARA PENGAWAL

Soalan: Ada kalanya, kita memerlukan kelegaan. Tetapi dari mana kita boleh mendapatkannya?

Ayat: 2Ko 1:3, 4

Cara Menawarkan: Majalah ini menjelaskan bagaimana Tuhan dapat memberi kita kelegaan.

MENARA PENGAWAL (muka belakang)

Soalan: Sesetengah orang berfikir bahawa Kerajaan Tuhan ialah sesuatu di dalam hati kita. Ada pula yang berfikir bahawa Kerajaan ini ialah hasil daripada usaha manusia untuk menjadikan dunia ini lebih aman. Apakah pendapat anda?

Ayat: Da 2:44

Cara Menawarkan: Menurut Bible, Kerajaan Tuhan memang wujud. Rencana ini membincangkan ajaran Bible mengenai Kerajaan Tuhan dengan lebih lanjut lagi.

AJARKAN KEBENARAN

Soalan: Apakah yang berlaku kepada kita apabila kita mati?

Ayat: Yoh 11:11-14

Kebenaran: Selepas manusia mati, dia tidak lagi wujud. Jadi kita tidak perlu risau tentang apa yang akan berlaku selepas kita meninggal. Menurut Yesus, orang mati bagaikan sedang tidur. Yesus telah membangkitkan Lazarus. Jadi, dia juga dapat membangkitkan orang yang sudah meninggal supaya mereka dapat hidup lagi di bumi.Ayb 14:14.

TULISKAN PENYAMPAIAN ANDA

Gunakan contoh penyampaian yang disediakan untuk menghasilkan penyampaian anda sendiri.