Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

Saksi-Saksi Yehuwa

Pilih Bahasa Melayu

 KEHIDUPAN KRISTIAN KITA

“Sumbangan kepada Yehuwa”

“Sumbangan kepada Yehuwa”

Bagaimanakah kita “memberikan sumbangan kepada Yehuwa pada hari ini”? (1Ta 29:5, 9, 14) Berikut merupakan cara-cara kita memberikan sumbangan untuk menyokong kerja Saksi-Saksi Yehuwa di negara kita dan di seluas dunia.

SUMBANGAN YANG DIBERIKAN DALAM TALIAN ATAU MENERUSI PETI SUMBANGAN DAPAT MENYOKONG:

  • KERJA SEDUNIA

    kerja pembinaan dan kos pengendalian pejabat cawangan dan pejabat penterjemahan

    sekolah teokratik

    pekhidmat khas sepenuh masa

    kerja membantu mangsa bencana

    pencetakan, penghasilan video, dan penerbitan elektronik

  • PERBELANJAAN SIDANG TEMPATAN

    perbelanjaan sidang seperti kos penyelenggaraan Dewan Perjumpaan, bil air, dan bil elektrik

    resolusi sidang untuk menghantar sumbangan kepada pejabat cawangan untuk:

    • pembinaan Dewan Perjumpaan dan Dewan Perhimpunan sedunia

    • Aturan untuk Bantuan Global

    • aktiviti sedunia yang lain

KONVENSYEN DAN PERHIMPUNAN LITAR

Sumbangan yang dikumpulkan semasa konvensyen serantau akan disalurkan kepada kerja sedunia. Wang sumbangan daripada kerja sedunia akan digunakan untuk menampung perbelanjaan bagi konvensyen serantau, konvensyen istimewa, dan konvensyen antarabangsa.

Sumbangan yang diterima semasa perhimpunan litar digunakan untuk membayar sewa, kos pengendalian, dan kos penyelenggaraan bangunan perhimpunan litar dan perbelanjaan lain yang berkaitan. Sebuah litar boleh memutuskan untuk memberikan lebihan sumbangan kepada kerja sedunia Saksi-Saksi Yehuwa.