Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

Saksi-Saksi Yehuwa

Pilih Bahasa Melayu

 HARTA KARUN DALAM FIRMAN TUHAN | KISAH 1-3

Kuasa Suci Tuhan Dicurahkan Ke Atas Sidang Kristian

Kuasa Suci Tuhan Dicurahkan Ke Atas Sidang Kristian

2:1-8, 14, 37, 38, 41-47

Ramai orang Yahudi yang berada di Yerusalem semasa Pentakosta 33 M berasal dari negeri lain. (Kis 2:9-11) Walaupun mereka mengikut Hukum Musa, mereka telah menetap di negeri asing seumur hidup mereka. (Yer 44:1) Maka, cara penampilan dan pertuturan mereka tidak lagi seperti orang Yahudi. Kemudian 3,000 orang daripada mereka dibaptis. Jadi, sidang Kristian terdiri daripada orang yang berbilang bangsa. Meskipun mereka memiliki latar belakang yang berbeza, “mereka berkumpul di Rumah Tuhan setiap hari.”​—Kis 2:46.

Bagaimanakah anda boleh menunjukkan minat yang tulus kepada . . .

  • orang di kawasan penyebaran anda yang berasal dari negara lain?

  • ahli sidang yang berasal dari negara lain?