Perubahan merupakan lumrah hidup, terutamanya pada hari-hari terakhir ini. (1Ko 7:31) Sama ada kita menjangkakannya atau tidak, perubahan dalam hidup dapat mempengaruhi ibadat kita kepada Yehuwa. Apakah yang boleh membantu kita terus aktif dan berjaga-jaga semasa mengalami perubahan? Sila lihat video Mengekalkan Kerohanian sewaktu Berpindah. Kemudian, jawab soalan-soalan berikut:

  • Apakah nasihat yang diberikan oleh seorang saudara kepada ketua keluarga dalam video?

  • Bagaimanakah prinsip di Matius 7:25 dapat diterapkan oleh keluarga itu?

  • Apakah perancangan yang telah dibuat sebelum mereka berpindah? Bagaimanakah hal itu membantu mereka?

  • Apabila terdapat perubahan dalam sidang dan kawasan penyebaran, apakah yang membantu keluarga itu menyesuaikan diri?

Apakah perubahan besar yang saya alami baru-baru ini?

Bagaimanakah prinsip daripada video ini dapat diterapkan dalam situasi saya?