Yehuwa memastikan kisah hidup umat-Nya yang setia tercatat dalam Firman-Nya agar kita dapat memperoleh iktibar daripadanya. (Rm 15:4) Apakah yang anda pelajari daripada buku Yunus? Sila lihat video Penyembahan Keluarga: Yunus​—Belajar daripada Belas Kasihan Yehuwa. Kemudian jawab soalan-soalan berikut:

  • Apakah cabaran yang dihadapi oleh ketiga-tiga penyiar dalam video itu?

  • Bagaimanakah buku Yunus dapat mendorong kita jika kita telah diberikan disiplin atau kehilangan peluang untuk melakukan khidmat tertentu? (1Sa 16:7; Yun 3:1, 2)

  • Bagaimanakah kisah Yunus membantu kita bersikap positif terhadap kawasan penyebaran kita? (Yun 4:11; Mt 5:7)

  • Bagaimanakah pengalaman Yunus melegakan kita apabila kita menghidap penyakit yang serius? (Yun 2:1, 2, 6, 7, 9)

  • Seperti yang ditunjukkan dalam video, mengapakah pembacaan Bible dan perenungan penting?