Amsal 31 mengandungi pesanan penting kepada Raja Lemuel daripada ibunya. Nasihat itu menjelaskan sifat-sifat seorang isteri yang cekap.

Isteri yang cekap dapat dipercayai

31:10-12

  • Jika keluarga perlu membuat keputusan, dia akan memberikan cadangan yang berguna. Namun, dia tetap tunduk kepada suaminya

  • Suaminya percaya bahawa dia akan membuat keputusan yang bijak. Dia tidak akan menyuruh isterinya untuk meminta keizinan daripadanya bagi setiap perkara

Isteri yang cekap bersikap rajin

31:13-27

  • Dia pandai berjimat cermat dan hidup sederhana agar keluarganya mempunyai pakaian yang elok dan makanan yang berkhasiat

  • Dia bekerja keras dan menjaga keluarganya siang dan malam

Isteri yang cekap bersifat rohani

31:30

  • Dia takut kepada Tuhan dan mempunyai hubungan yang rapat dengan-Nya