Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

Saksi-Saksi Yehuwa

Pilih Bahasa Melayu

 KEHIDUPAN KRISTIAN KITA

“Mereka yang Telah Disatukan Tuhan . . .”

“Mereka yang Telah Disatukan Tuhan . . .”

Menurut Hukum Musa, seorang lelaki yang ingin bercerai harus menyediakan dokumen sah. Hal ini adalah untuk menghalang perceraian dibuat secara terburu-buru. Namun pada zaman Yesus, para pemimpin agama membolehkan perceraian dilakukan dengan begitu mudah. Perceraian dibenarkan atas sebarang sebab. (“surat cerai” nota pembelajaran untuk Mr 10:4, nwtsty; “menceraikan isterinya,” “berlaku curang terhadap isterinya” nota pembelajaran untuk Mr 10:11, nwtsty) Yesus menegaskan bahawa perkahwinan diasaskan oleh Yehuwa. (Mr 10:2-12) Maka, suami dan isteri disatukan dalam ikatan yang kekal. Seperti yang dinyatakan dalam buku Matius, satu-satunya dasar untuk perceraian ialah “perbuatan seks yang tidak bermoral.”​—Mt 19:9.

Hari ini, ramai orang tidak memiliki pandangan Tuhan terhadap perkahwinan. Seperti orang Farisi, mereka memilih perceraian sebagai jalan penyelesaian apabila timbul masalah dalam perkahwinan. Namun, pasangan Kristian berbeza. Mereka memandang serius ikrar perkahwinan dan berusaha mengatasi masalah dengan menerapkan prinsip Bible. Setelah menonton video Kasih dan Hormat Menyatukan Keluarga, jawablah soalan-soalan berikut:

  • Bagaimanakah anda dapat menerapkan Amsal 15:1 dalam perkahwinan anda? Mengapakah hal ini penting?

  • Bagaimanakah Amsal 19:11 membantu anda mengelakkan masalah?

  • Jika perkahwinan anda mengalami masalah serius, elakkan daripada berfikir, “Patutkah saya bercerai?” Sebaliknya, apakah soalan yang harus anda renungkan?

  • Bagaimanakah prinsip di Matius 7:12 dapat membantu anda untuk menjadi suami atau isteri yang lebih baik?