Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

Saksi-Saksi Yehuwa

Pilih Bahasa Melayu

 KEHIDUPAN KRISTIAN KITA

Cara Menggunakan JW Library

Cara Menggunakan JW Library

UNTUK PEMBELAJARAN PERIBADI:

  • Baca Bible dan ayat harian

  • Baca Buku Tahunan, majalah, dan bahan bacaan lain. Gunakan fungsi penanda buku (bookmarks)

  • Buat persiapan untuk perjumpaan dan tandakan jawapan

  • Tonton video

UNTUK PERJUMPAAN:

  • Gunakan Bible dalam JW Library semasa perjumpaan. Gunakan fungsi sejarah (history) untuk mencari ayat Bible yang telah dibaca

  • Anda tidak perlu membawa banyak bahan bacaan. Sebaliknya, gunakan bahan perjumpaan dan buku lagu dalam JW Library. Lagu-lagu baru yang belum dicetak juga terdapat dalam aplikasi ini

UNTUK KERJA PENYEBARAN:

  • Tunjuk mana-mana bahan dalam JW Library kepada orang yang berminat. Bantunya untuk memuat turun aplikasi ini serta bahan bacaan ke dalam alat elektroniknya

  • Guna fungsi carian (search) untuk mencari ayat Bible. Anda boleh menaip kata kunci atau ungkapan untuk mencari ayat yang diingini

  • Tunjuk video. Jika penghuni rumah mempunyai anak, mainkan salah satu video Jadilah Sahabat Yehuwa. Anda juga boleh menunjukkan video Mengapa Belajar Bible? untuk memupuk minat penghuni rumah. Jika dia bertutur dalam bahasa asing, tunjuklah video dalam bahasanya

  • Jika anda sudah memuat turun Bible dalam bahasa lain, tunjukkan kepada penghuni rumah ayat Bible dalam bahasanya. Anda boleh membuka ayat Bible, tekan pada nombor ayat itu, dan tekan pada ikon untuk menunjukkan ayat itu dalam bahasa lain